IPOH 19 Sept. – Dana pinjaman bagi Tabung Usahawan Yayasan Perak masih banyak untuk diagihkan kerana setakat ini baru RM730,500 diluluskan daripada RM5 juta yang diperuntukkan pada tahun ini. Pengerusi Yayasan Perak, Asmuni Awi berkata, program pinjaman mikro tanpa pengenaan sebarang faedah itu antara lain menyasarkan golongan usahawan muda serta peniaga yang mempunyai pendapatan di bawah kategori B40. Beliau berkata, setakat ini sebanyak 60 penerima telah menerima pinjaman perniagaan tersebut…










