Hari ini dilaporkan bahawa Mahkamah Koroner telah mendapati kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, berpunca daripada perbuatan jenayah membabitkan dua atau lebih individu yang tak dikenali. Menurut Koroner Puan Rofiah Mohamad, dapatan dibuat selepas meneliti keterangan saksi dan bukti yang dikemukakan ke Mahkamah semasa prosiding inkues yang telah berlangsung. Prosiding inkues kematian Muhammad Adib bermula pada 11 Februari lalu, dan telah berjalan selama 41 hari. Seramai 30 saksi dipanggil…










