KUALA LUMPUR 3 Sept. – Polis sedang mengesan seorang lelaki untuk membantu siasatan kes cubaan samun di hadapan Bangunan Phileo Damansara 2, Petaling Jaya, dekat sini pada 9 Ogos lalu. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.53 petang itu, dua lelaki bersenjatakan ‘fork lock’ telah menyerang seorang lelaki yang bekerja sebagai penghantar makanan. Seorang daripada suspek yang tercicir telefon bimbitnya dalam kejadian tersebut telah ditahan di sebuah pangsapuri di Jalan Kuang Bertam,…










