KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyifatkan pemergian legenda bola sepak negara, Datuk M. Chandran sebagai satu kehilangan besar kepada bola sepak tanah air. Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam berkata, daya kepimpinan tinggi dan komitmen mendiang di atas padang menerusi 163 penampilan bersama skuad kebangsaan selain di luar padang wajar dicontohi generasi pemain masa kini. “Saya secara peribadi turut mengenali mendiang dan menganggapnya sebagai mentor serta tokoh yang membimbing…










