KUALA LUMPUR 25 Sept. – Bursa Malaysia kekal dalam lingkungan negatif pada tengah hari ini berikutan penurunan dalam saham wajaran tinggi kewangan yang mempengaruhi indeks. Pada 12.31 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.60 mata kepada 1,587.73 daripada 1,592.33 semasa ditutup semalam. Indeks dibuka tinggi 0.19 mata kepada 1,592.52. Suasana pasaran negatif berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 432 berbanding 210 dengan 365 kaunter…










