KUALA LUMPUR 4 Sept. – Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada akhir dagangan pagi hari ini, selari prestasi bursa serantau, dengan keuntungan awal dihadkan oleh kemunculan kebimbangan baharu terhadap pertumbuhan ekonomi dunia, kata peniaga. Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.04 mata kepada 1,592.56 berbanding 1,591.52 pada penutupan Selasa. Ia dibuka 2.45 mata lebih tinggi pada 1,593.97 mata. Seorang peniaga berkata, kebanyakan ekuiti Asia bercampur-campur pada…










