PUTRAJAYA 4 Sept. – Jemaah Menteri hari ini bersetuju bahawa usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar. Menurut kenyataan Jemaah Menteri yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, ketetapan itu dicapai dalam mesyuarat mingguan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini berada di luar negara untuk lawatan rasmi dan lawatan kerja.…










