Ameng Spring, Liza Hanim berdamai - Utusan Malaysia

Ameng Spring, Liza Hanim berdamai

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Konflik antara penyanyi Ameng Spring dan Liza Hanim terlerai apabila keduanya memutuskan untuk menamatkan persengketaan secara baik.

Khabar gembira itu yang dikongsikan isteri Ameng, Sabariah Zakariah antara lain memaklumkan penyanyi itu telah menghubungi Ameng untuk menamatkan sengketa.

“Alhamdulillah, di petang Jumaat yang mulia ini, kemelut yang berlaku akibat salah faham antara Liza Hanim dan suami saya, Ameng Spring, kami anggap telah pun selesai dengan baik.

“Liza juga telah menghubungi kami secara peribadi untuk memohon maaf atas apa yang berlaku. Kami hargai keikhlasan tersebut.

“Sejujurnya, kami ok sahaja selepas pertemuan dan penjelasan Ameng kepada pihak wartawan tentang perkara tersebut. Pada saya Ameng berhak mempertahankan diri dia dari salah anggap itu dan apa sahaja tanggapan yang timbul dari penjelasan itu.

“Hanya Allah yang maha mengetahui. Kami memilih untuk tidak mengulas dan memanjangkan cerita,” kongsinya.

Terdahulu, Liza mengundang kemarahan Ameng apabila memetik seorang ‘penyanyi senior’ menyindirnya ketika bersiaran langsung di platform TikTok.

Ameng, yang mendakwa ‘penyanyi senior’ sebagai dirinya, menempelak Liza kerana berkongsi pandangan secara membabi buta.

Dalam pada itu, Sabariah berharap agar persengkatan itu tidak dipanjang-panjangkan dan diselesaikan cara baik.

“Pokok utamanya, tiada isu berbangkit dan tiada dendam yang tersisa. Yang sudah berlaku, biarlah ia berlalu dengan tenang.

“Kami mendoakan semoga Liza sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan kasih sayang Allah, dikurniakan kebahagiaan, kejayaan, rezeki yang luas serta kesihatan yang baik yang berpanjangan.

“Kami juga berharap kepada semua, hentikan semuanya di sini. Terima kasih kepada pihak media, kami tahu itu tugas anda. Buat peminat serta sahabat yang sentiasa menyokong Ameng, Terima Kasih. Kami amat-amat menghargainya,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN