KUALA LUMPUR 3 Sept. – Saksi pendakwaan kelapan, Datuk Amhari Afendi Nazaruddin memberitahu, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low pernah menceritakan kepadanya tentang penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu atau (TIA). Jho Low atau turut dipanggil Jho menceritakan kepadanya di dapur kediamannya sambil membuat lakaran di papan putih. Cadangan itu juga pernah dikemukakan Jho Low kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin namun Baginda tidak memberikan sebarang kata…










