SETIAP manusia dianugerahkan nikmat yang banyak melalui tubuh badannya. Terpulanglah kepada masing-masing sama ada hendak menggunakan tubuh badannya itu untuk kebaikan atau sebaliknya. Antara anggota badan kita yang menyumbang saham terbesar dalam kehidupan ialah lidah. Lidah tidak bertulang tetapi pengaruh lidah lebih tajam daripada pedang. Anggota sekecil lidah boleh berdiri dengan sendiri untuk membina atau meruntuhkan sesebuah institusi. Contohnya, seorang suami menggunakan lidahnya untuk memarahi isteri. Dia juga boleh menggunakan…










