PUTRAJAYA – Bekas Pengarah Urusan Felcra Training & Consultancy Sdn. Bhd. (FTC), akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dipercayai berhubung penyelewengan dana membabitkan nilai RM4 juta. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata, suspek akan berdepan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. “Dimaklumkan bahawa suspek yang sebelum ini menyandang jawatan Pengarah Urusan FTC akan berdepan beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta…










