SEREMBAN 28 Sept. – Seorang bekas jurutera kapal terbang kerugian sebanyak RM551,111.39 akibat diperdaya sindiket penipuan Macau Scam baru-baru ini. Lelaki warga emas berusia 64 tahun dari Bandar Baru Nilai di sini menjadi mangsa selepas menerima panggilan daripada beberapa individu mendakwa dia terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan akan ditahan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Aibee Ab. Ghani berkata, mangsa yang bimbang ditahan bertindak mengeluarkan wang…










