KUALA LUMPUR 2 Sept.- Seorang wanita tergamak membuang bayi lelakinya yang baru sahaja dilahirkan di dalam tong sampah di kawasan Tugu Negara di sini hari ini. Lebih menyedihkan, bayi lelaki yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu ditemukan telah meninggal dunia oleh orang awam kira-kira pukul 11 pagi ini. Ketika ditemukan, bayi tersebut telah dibalut dengan kain selendang sebelum diletakkan di dalam tong sampah berdekatan sebuah tandas awam di…










