TANAH MERAH – Sebuah bas yang membawa murid dan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, Kubang Kerian, Kota Bharu terbabas ke dalam longkang berhampiran di Kampung Bechah Laut, dekat sini malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, bas yang disewa khas itu membawa seramai 42 murid dan guru sekolah berkenaan. Difahamkan bas tersebut dalam perjalanan membawa rombongan pelajar dan guru ke Pulau Langkawi. Bagaimanapun, semua peserta rombongan itu…










