GOPENG 28 Sept. – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijangka bakal memberikan fokus kepada golongan asnaf untuk membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan menerusi belanjawan negeri dalam Bajet 2020. Beliau berkata, dengan jangkaan pertambahan hasil negeri pada tahun depan, pihaknya ingin memulangkan semula kepada rakyat bagi mengupaya golongan berkenaan. “Kami sedang merangka. Apa yang hendak kami lakukan selain daripada mengekalkan apa yang sedang kita lakukan ialah kita juga memberikan…










