JUARA kelayakan pusingan pertama, Lam Kong Foo, 48, muncul juara kategori gross menewaskan 21 pemain finalis lain selepas membenamkan 148 pukulan keseluruhan dua hari kejohanan. Pada hari pertama yang berlangsung di Sunrise Golf & Country Club dengan keadaan berangin dan disulami hujan, pemain berasal dari Kedah yang juga ahli perniagaan ini tampil bergaya selepas mengumpul 76 pukulan empat di atas par 72. Dia yang menerima cabaran sengit daripada juara gross…










