KUALA SELANGOR – Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Selangor nyaris dipatuk seekor ular senduk di bahagian dapur rumahnya di Taman Malawati Jaya, di sini tengah malam tadi. Kejadian berlaku pukul 12.30 tengah malam ketika Prebet (PA) Shaari Nuning, 40, menuju ke bilik air rumahnya sebaik pulang daripada bertugas Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Kuala Selangor. Shaari memberitahu, dia terdengar bunyi pergerakan di bawah rak pinggan…










