KUALA LUMPUR 27 Sept. – Salah seorang saksi utama prosiding inkues anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim melahirkan rasa syukur dengan keputusan inkues yang diumumkan hari ini. R. Narresh, 30, menyifatkan Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil dan mempertimbangkan semua keterangan tanpa bias kepada mana-mana pihak. “Selama ini saya menerima cacian dan hinaan kerana kononnya ‘bias’ ketika memberi keterangan berhubung apa yang menimpa Muhammad Adib, hari ini akhirnya terbukti…










