KUALA LUMPUR – AirAsia X Bhd. (AirAsia X), syarikat penerbangan jarak jauh Kumpulan AirAsia, mengesahkan tempahan tambahan 12 pesawat A330neo dan 30 pesawat A321XLR dengan Airbus bernilai kira-kira lebih AS$5 bilion (RM21 bilion). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, tempahan itu mengesahkan kesesuaian pesawat A330neo sebagai pilihan terbaik untuk memantapkan rangkaian pesawat badan besar pada masa hadapan. Katanya, sebagai tambahan A321XLR menawarkan kemampuan jarak penerbangan paling…










