KUALA LUMPUR 24 Sept.- Tidak sempat melarikan diri, seorang ahli kumpulan sindiket penyeludupan migran ditembak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kejadian di Jalan Bandar 10, Puchong dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, suspek merupakan warga tempatan dikatakan memandu sebuah kenderaan yang membawa lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) menuju ke suatu tempat tidak diketahui. Kenderaan yang dinaiki kesemua individu berkenaan kemudiannya cuba ditahan pihak polis…










