TAWAU – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Lapangan Terbang Tawau hari ini pada pukul 5.25 petang untuk berangkat melawat mangsa kebakaran Kampung Otentik, Tanjung Batu Keramat. Keberangkatan tiba Sultan Abdullah disambut oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. Esok pagi, Seri Paduka akan melawat mangsa kebakaran di kampung berkenaan dan dijangka menyampaikan sumbangan kepada…










