KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara, hari ini. Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah pada pukul 7.10 malam disambut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Antara kenamaan…










