TEMERLOH 4 Sept. – Sebanyak 91 buah rumah di daerah ini terjejas akibat kejadian ribut yang berlaku petang semalam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Zainal Yusoff berkata, bagaimanapun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian bermula kira-kira pukul 4.15 petang itu. “Kawasan terjejas adalah di Pulau Raya sebanyak 13 buah rumah, Rumpun Makmur (43 buah rumah), Taman Seri Desa (13 buah rumah),Tanjung Kubu (16 buah rumah), Gunung Senyum…










