KUALA LUMPUR 3 Sept. – Sebanyak 56 penghuni hilang tempat berteduh apabila rumah panjang mereka di Rumah Noh Bin, Kampung Stalon, Belawai, Mukah, Sarawak musnah dalam kebakaran, semalam. Kejadian kebakaran yang meranapkan rumah panjang lapan pintu yang didiami 15 keluarga itu dilaporkan kepada pihak bomba pada pukul 8.06 malam. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, tujuh anggota diketuai Irwan Abdul dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung…










