PONTIAN 4 Sept. – Sebanyak 320 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini menerima manafaat daripada Program Prihatin Pendidikan oleh Yayasan Harapan Pontian (YHP). Pengerusi YHP, Zulkifly Tasrif berkata, pihaknya membelanjakan RM20,000 bagi membiayai Program Menuju Puncak di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Pontian. Katanya, program tersebut melibatkan 17 buah sekolah menengah termasuk sebuah kolej vokasional akan mengikuti program yang fokus kepada motivasi dan bimbangan bagi meningkatkan lagi prestasi. Menurut beliau,…










