KEPALA BATAS 4 Sept. – Sindiket penipuan menerusi telefon atau Macau Scam di negeri ini terus mengaut keuntungan apabila dua lagi individu menjadi mangsa di sini membabitkan kerugian kira-kira RM36,399. Dalam kejadian semalam, seorang jurujual berusia 24 tahun ditipu sebanyak RM21,300 selepas menerima panggilan daripada individu mendakwa pegawai pos dari Kuantan yang memaklumkan terdapat barangan atas namanya yang cuba dihantar ke Kota Kinabalu ditahan. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai…










