KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Mohd. Zaman Khan Rahim Khan, 77, dilaporkan pengsan di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini. Difahamkan, Zaman Khan berada di hospital terbabit bagi menghadiri temu janji untuk penyakit buah pinggang yang dihidapinya sebelum jatuh pengsan pada pukul 11 pagi. Susulan itu, doktor telah menempatkannya di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL untuk pemantauan. Zaman Khan terkenal dengan…










