Zaman Khan jatuh pengsan, kini stabil - Utusan Malaysia

Zaman Khan jatuh pengsan, kini stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Mohd. Zaman Khan Rahim Khan kini dalam keadaan stabil selepas jatuh pengsan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), pagi tadi.

Menurut anak sulungnya, Zakimi Zaman Khan, ayahnya berada di HKL untuk menghadiri temu janji untuk penyakit buah pingganh yang dihidapinya sebelum jatuh pengsan pada pukul 11 pagi.

“Doktor kemudian memberikan bantuan pernafasan sebelum ayah saya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekarang ayah saya masih di ICU tapi dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zaman Khan terkenal dengan penglibatannya dalam siasatan kes profil tinggi dan pernah berkhidmat

sebagai Ketua JSJ Selangor dari tahun 1975 hingga 1978 dan kemudian sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah JSJ dari tahun 1989 hingga 1993 dan bersara sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara pada tahun 1997.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini