KUALA LUMPUR 1 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di ibu pejabat UMNO di sini hari ini. Perkara itu dikongsikan oleh Ahmad Zahid dalam akaun Twitter beliau berserta beberapa gambar. “Menerima kunjungan hormat oleh Duta Palestin, Walid Abu Ali. Malaysia dihormati oleh masyarakat antarabangsa kerana pendirian teguh dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin.…










