PUTRAJAYA 2 Ogos – Mimbar Jumaat hari ini menegaskan terdapat segelintir pihak sengaja yang melemparkan persepsi negatif di samping semakin berani menghina institusi beraja. Imam Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, malah terdapat juga kumpulan mempertikaikan kuasa Yang Di-Pertuan Agong seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan iaitu tanggungjawab memelihara hak istimewa orang Melayu. “Antara tuduhan liar mereka ialah peruntukan itu membeza-bezakan antara warganegara dan dianggap sebagai diskriminasi kepada kaum…










