PASIR PUTEH 2 Ogos – Tegap, tangkas, bijak dan mendengar kata. Itu sifat yang ada pada Samad yang membolehkan ‘dia’ muncul juara dalam pertandingan Beruk Pulas Nyior sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kelantan di Pantai Bisikan Bayu, di sini hari ini. Aksi lincah Samad, beruk berusia tiga tahun menjatuhkan satu persatu buah kelapa dari palang kayu menggunakan taring dan kaki dalam gelanggang pertandingan itu turut mencuri tumpuan orang…










