PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini hari ini. Seri Paduka, yang berbaju Melayu berwarna putih, berangkat tiba di masjid kira-kira 1.20 tengah hari, disambut Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa. Turut hadir Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri Wilayah Persekutuan,…










