SHAH ALAM – Tujuh restoran makanan di Gombak, Selayang dan Kepong diarahkan tutup ekoran beroperasi dalam keadaan kotor dengan kehadiran tikus dan lipas di premis berkenaan. Kesemua premis berkenaan diarahkan berbuat demikian selepas Unit Inspektorat dan Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melakukan OPS Premis Bersih” bersama Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, Khamis lalu. Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Khalid Ibrahim berkata, dalam operasi itu, sebanyak 127 buah restoran makanan dan…










