Tonton LFC lawan ManCity di KL Gateway Ahad ini - Utusan Malaysia

Tonton LFC lawan ManCity di KL Gateway Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Para penyokong kelab terkemuka, Liverpool FC memberi sambutan menggalakkan bagi menyertai acara menonton siaran langsung perlawanan kelab itu dengan Manchester City di dalam acara pembuka tirai musim baharu, Piala Community Shield di pusat beli-belah KL Gateway pada 4 Ogos ini.

Tempahan tiket menerusi www.mjevent.live sehingga kini sudah mencatatkan bilangan yang menghampiri sasaran dan masih terbuka kepada semua, termasuk penyokong Manchester City.

Pengarah Urusan MJ Event Management Sdn. Bhd. selaku penganjur, Manja Man berkata, kawasan tontonan di KL Gateway itu adalah luas yang boleh menampung kapasiti sehingga 3,000 penonton sekali gus akan memberikan suasana seperti di dalam stadium.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersempena dengan perlawanan pembuka tirai bagi musim 2019/2020 ini, satu karnival turut diadakan bermula 3 Ogos di pusat beli-belah tersebut sehingga sepak mula 10 malam 4 Ogos ini.

Pada 3 Ogos, satu aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Anak-anak Yayasan Chow Kit (YKC) akan diadakan bermula 10.30 pagi bersama Suez Capital Sdn. Bhd. dan MJ Event serta disokong oleh Decathlon dan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasmi acara.

Antara acara yang disediakan di dalam karnival itu ialah jualan cenderamata daripada Liverbird Ebiz (Peniaga Rasmi Jersey Peminat LFC) dan sebagainya.

Menurut Manja, pihaknya menyediakan pas masuk berharga RM30 yang boleh diperoleh secara dalam talian menerusi laman Facebook rasmi MJ Event, KL Gateway Mall, kelab penyokong Liverpool dan juga di kaunter khas di pusat beli-belah itu pada kedua-dua tarikh tersebut.

Poster LFC vs MU

Dengan pas tersebut, pengunjung pada 4 Ogos akan menerima percuma satu minuman, beg hadiah, cenderamata istimewa LFC bagi 300 pengunjung terawal, baucar kedai-kedai di dalam KL Gateway seperti Burger King, Village Grocer, Restoran Tamu dan sebagainya.

Kemuncak karnival itu bermula dengan cabutan bertuah pelbagai barangan, termasuk barangan rasmi Liverpool dan diselang-seli dengan persembahan artis.

Utusan Malaysia yang merupakan akhbar rasmi bagi karnival ini, telah mengadakan kuiz khas dengan menyediakan pas masuk untuk dimenangi. Para pemenang akan dimaklumkan menerusi e-mel bermula Khamis hingga Jumaat sahaja, bagi menebus tiket percuma itu di kaunter khas di KL Gateway dari 6 petang pada 4 Ogos. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini