KANGAR 2 Ogos – Penguatkuasaan terhadap kewujudan kilang-kilang kitar semula plastik khususnya yang haram serta kemasukan sisa-sisa buangan produk itu ke negara ini perlu dipertingkatkan secara holistik. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan kebimbangan sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan berlakunya peningkatan kadar pencemaran alam sekitar. Baginda bertitah, kemasukan sisa-sisa buangan plastik bukan sahaja boleh memasuki melalui pelabuhan-pelabuhan utama di negara ini, namun pintu-pintu sempadan darat turut tidak…










