PONTIAN 30 Ogos – Penduduk Taman Desa Damai dan Pusat Kesihatan Pekan Nanas (KKR) meminta pihak berkenaan menangani masalah pembakaran terbuka di kawasan berhampiran mereka yang sudah seminggu berlarutan. Mereka mendakwa, keadaan tersebut mengganggu aktiviti harian penduduk hingga mengakibatkan tidak selesa termasuk berlakunya pencemaran udara. Seorang penduduk, Zaidi Abu Bakar, 49, berkata, kawasan lapang tersebut terletak di kawasan selekoh Jalan Kampung Sawah yang difahamkan untuk dijadikan lebuh raya ke Ulu…










