KUALA LUMPUR – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini menegaskan, tiada pemain mereka terlibat dalam pertaruhan bola sepak hingga terjerat dengan perangkap ‘ah long’ seperti yang dilaporkan sebuah portal sukan tempatan. Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagaimanapun mengakui, BAM ada membantu serta bekerjasama dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam beberapa aspek penyiasatan. “Kami tidak boleh mendedahkan butiran (siasatan). “Kami ingin menegaskan tiada pemain kami yang menjadi subjek penyelidikan BWF.…









