Tiada campur tangan PMO berhubung kerusi Najib di Istana Negara - Utusan Malaysia

Tiada campur tangan PMO berhubung kerusi Najib di Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Ogos – Tiada campur tangan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengenai tempat duduk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Negara semasa majlis pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Selasa lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menegaskan, tempat duduk di Balairung Seri Istana Negara itu telah ditetapkan dan tiada sebarang perubahan dilakukan di saat akhir.

“Sebenarnya kita sudah buat jawapan rasmi dan isunya bukan dialih (tempat duduk) tetapi ia sudah ditetapkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemudian Najib beri alasan dia kena duduk di (barisan) kerabat dan kena tukar baju kerabat. Itu masalah dia, kita sudah maklum lebih awal. Tidak timbul (isu campurtangan) dan kita menafikan (ada arahan dari PMO),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Najib dalam hantaran di Facebooknya semalam yang mengatakan beliau menerima panggilan pada pukul 6.30 pagi, Selasa lalu memaklumkan tempat duduknya ditukar pada saat akhir.

Najib berkata, sepatutnya beliau duduk di tempat ke-10 sebagai bekas Perdana Menteri mengikut protokol istiadat tetapi ditukar pada saat terakhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang.

“Pakaian istiadat untuk Orang Besar Pahang dan pakaian bekas PM (Perdana Menteri) tak sama. Setiap jawatan ada protokolnya.

“Masa itu dah tak sempat nak ambil pakaian dari Pekan,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini