SEOUL 1 Ogos – Seorang tentera Korea Utara telah ditahan selepas menyeberangi Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan dua negara berkenaan, lapor tentera Korea Selatan hari ini. Ketua Turus Bersama (JCS) Korea Selatan berkata, lelaki tersebut dikesan menerusi alat pengawasan di Sungai Imjin pada lewat malam semalam. Jelas JCS Korea Selatan, lelaki tersebut ditahan mengikut prosedur dan telah disiasat. Katanya, lelaki itu dikenal pasti sebagai `tentera yang aktif’ dan menyatakan…










