MUNGKIN bagi anda isu kebakaran hutan yang berleluasa ketika ini di hutan hujan Amazon, Brazil tiada kaitannya dengan kehidupan seharian. Ya! bukan berlaku di Malaysia tetapi ribuan batu jauhnya. Tiada siapa pun peduli. Walhal, hutan itu penyumbang hampir 20 peratus oksigen untuk kegunaan dunia! Hari ini hutan hujan tropika yang dianggap sebagai `paru-paru dunia’ itu sedang musnah sedikit demi sedikit. Sudahlah kawasan hutan di seluruh dunia semakin mengecil termasuk di…










