PROFESOR Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid bukanlah satu nama asing yang perlu diperkenalkan kerana hampir semua rakyat mengetahui jasa tokoh akademik ini kepada negara. Beliau yang mesra dengan panggilan Pak Ungku juga sangat sinonim dengan usaha membantu orang Melayu terutama dalam membasmi kemiskinan. Antaranya melontarkan idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji (LUTH) pada 1963 menerusi kertas kerjanya yang bertajuk Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji pada 30 September…










