BACHOK 30 Ogos – Seramai 100 asnaf Mukim Pauh Sembilan, di sini teruja dan bersyukur menerima agihan daging lembu kurniaan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Masjid al-Abrar, petang ini. Terdahulu, baginda solat Jumaat bersama rakyat sebelum menukar persalinan kerana berkenan untuk menyempurnakan sendiri proses penyembelihan dua ekor lembu tersebut di perkarangan masjid. Proses melapah daging kemudian dilaksanakan secara bergotong-royong manakala agihan daging kepada asnaf disempurnakan oleh Imam al-Abrar, Mohd.…










