JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menegaskan bahawa sebagai Kolonel Komandan Grup Gerak Khas (GGK), baginda akan sentiasa memerhati serta mengambil tahu mengenai pasukan itu. Ini termasuk urusan perolehan peralatan untuk pasukan itu kerana menurut baginda, pihak komando tidak seharusnya menerima apa sahaja peralatan yang dicadangkan atau hendak dijual oleh pembekal. “Contohnya, pembelian bot ‘Rigid Riding Craft’ sebanyak lapan unit dicadangkan dengan kos RM5 juta seunit,…










