MELAKA – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila anak mereka berusia tiga tahun tertinggal di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh di sini kelmarin.
Ibu kanak-kanak malang itu yang mahu dikenali sebagai Iza, 36, berkata, sebelum kejadian, dia sekeluarga singgah di hentian R&R tersebut untuk solat Maghrib pada pukul 7.30 malam.
Katanya, kehilangan anak keenam daripada tujuh beradik itu disedari selepas dia dan suami tiba di rumah di Ayer Molek di sini pada pukul 10 malam.
Memuatkan artikel berkaitan…










