MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggerakkan pasukan petugas khasnya bagi menjalankan siasatan terhadap kes-kes jika wujud unsur rasuah dan penyelewengan susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara, baru-baru ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya telah bertemu dengan Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid bagi membincangkan perkara tersebut dan pasukan petugas khas itu akan membuat siasatan terhadap kes-kes yang membabitkan unsur jenayah. “Laporan Audit…










