‘SOPHIA’ adalah nama yang sering kedengaran dalam masyarakat kita sejak kebelakangan ini. Hasil daripada masyarakat yang lebih terbuka kepada dunia luar, Sophia mempunyai status glamor apabila dikaitkan watak dan pesona tertentu. Ini lumrah kerana naluri manusia memang demikian sifatnya. Mudah meraih nama. Namun demikian baru-baru ini Malaysia didatangi oleh ‘satu’ lagi Sophia yang turut serta dalam persidangan teknologi maklumat di ibu negara. Berbeza dengan pelbagai Sophia yang dikenali sebelum ini,…










