MOGADISHU 1 Ogos – Datuk Bandar Mogadishu, Abdirahman Omar Osman meninggal dunia disebabkan luka dialami dalam satu serangan pengeboman oleh kumpulan militan yang menyerang pejabatnya pada bulan lalu. Menurut jurucakap Pejabat Presiden Somali, Abdirahman meninggal dunia ketika doktor merawat luka di sebuah hospital di Doha. Dilaporkan, enam orang terbunuh dan Abdirahman mengalami kecederaan pada mulanya dalam serangan yang dilakukan oleh kumpulan militan Al-Shabaab ke atas bangunan kerajaan pada 24 Julai…










