KUALA LUMPUR 4 Ogos – Honda Malaysia menawarkan ganjaran berupa sembilan model Honda menerusi Kempen Road to 900,000 Unit Milestone bermula Ogos hingga September depan.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata, kempen tersebut diadakan sempena sasaran mencapai jualan 900,000 kenderaan pada suku ketiga tahun ini.
Katanya, kempen itu juga sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia di atas sokongan padu yang diberikan sejak penubuhannya pada 2002.
“Kempen ini melibatkan 90 pusat jualan Honda di seluruh negara. Rakyat Malaysia yang bertuah berpeluang membawa pulang pelbagai model Honda seperti Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hibrid, HR-V Hibrid, Civic, CR-V dan Accord.
“Ia juga merupakan inisiatif Honda Malaysia untuk mengucapkan terima kasih dan memberi ganjaran kepada para pelanggan yang menjadikan kami sebagai peneraju jenama kereta bukan nasional,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Honda Malaysia telah mencatat pelbagai kejayaan termasuk mengeluarkan CR-V versi pemasangan tempatan dan memperkenalkan teknologi termaju generasi seterusnya seperti caj turbo, Sport Hybrid i-DCD dan Honda Sensing.
Tambah Ishiyama, orang ramai dijemput menyertai kempen itu dengan mendaftar butiran peribadi melalui kod QR atau di laman web.
Katanya, kemudian mereka perlu hadir ke pusat jualan terdekat dan menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh Honda Malaysia untuk mendapat tiket ganjaran.
“Antara aktiviti yang diadakan seperti mencari dan mengambil gambar logo nama kereta Honda yang tersembunyi, pandu uji dan servis kereta di pusat jualan Honda yang sah.
“Pelanggan yang menempah atau mendaftar kereta Honda mereka pada 1 Ogos hingga 22 September turut layak mendapat tiket ganjaran. Lebih banyak tiket dikumpul semakin besar peluang untuk memenangi model-model Honda,” ujarnya.











