KUALA LUMPUR 1 Ogos – Ahli Dewan Negara daripada PKR, Senator Mohamad Imran Abd. Hamid menarik balik cadangannya mewujudkan undang-undang gangguan seksual untuk melindungi golongan lelaki daripada tergoda dan seterusnya terjebak dengan jenayah seperti rogol. Tindakan itu dibuat menerusi kenyataan beliau hari ini, selepas dikecam ramai pihak dan ditegur oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Saya memohon maaf kepada semua yang terjejas dengan perbahasan saya kerana mencadangkan diwujudkan akta…










