KUALA LUMPUR – Kejayaan muncul juara Liga Super buat musim keenam berturut-turut belum cukup memuaskan hati Johor Darul Ta’zim (JDT). Beberapa jam menjelang pertemuan menentang kelab Liga Perdana, UiTM FC di Larkin, malam ini, bintang Harimau Selatan, Safawi Rasid melaungkan hasrat untuk mendakap Piala Malaysia 2019. “Walaupun kami telah menjadi juara Liga Super untuk musim ini, namun sasaran saya untuk Piala Malaysia adalah untuk membawa piala tersebut pulang ke Larkin.…










